Tuesday, September 09, 2008

Uhmpf

mula lagi title blog monosyllabic macam dulu. =)

lambat sikit nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan. sedar tak sedar dah seminggu berpuasa. apa significance of this year's ramadhan? entahlah. tak difikirkan sangat. belum difikirkan. tahun ini puasa lain sikit. bukan sebab tak bersama keluarga, dulu waktu di johor pun puasa sendiri. cuma ada kawan-kawan. tahun ini kerja pula. puasa lebih cabaran, tambah pula orang-orang sepejabat semua bukan beragama Islam. tak terasa berjuang bersama-sama nak menahan lapar, tahan perasaan marah, tak puas hati, geram...biasalah, waktu berpuasa ni perkara remeh-temeh boleh jadi dugaan paling besar. kalau selalunya tidak diendahkan sangat, waktu puasa rasa macam nak disiat-siat tapi sabar. itu memang tujuan berpuasa kan. kali ini memang terasa tercabar berpuasa. tak apa lah. diamkan sahaja, nak diperbesarkan pun buat apa.

rindu berbuka bersama keluarga. kena paksa pergi solat terawikh. tapi rasa puas hati bila pergi. buka dengan buah kurma, makan sikit. lepas balik dari masjid baru sambung makan lagi. sekarang ni penat. balik dari kerja penat. hm.

it's been a week since the fasting month and it was only yesterday that i had my first ramadhan craving. in previous years it used to be ayam percik, nasi kerabu, tau foo fah...this time is the very simple, very easily forgotten kek batik. it's something you don't even remember until you see it and then you're like, "omg! dah lama tak makan ni!" right? well yeah, i crave kek batik. but it's not easy to find a really good one. which is funny because it's a really simple thing to make. i guess the best kek batik is still the one you make yourself. coz you decide how much chocolate you put in, how chewy or chrunchy you want it to be...imagine kek batik and a dollop of ice cream on it. oooh.

and at this moment, i want iced tebu. a whole big ass jug of it. drool.

aku mahu pulang. puasa dengan ma and daddy. kena marah sebab set meja lambat. tunggu buka puasa sambil tenung gelas air. makan kurma macam makan kacang. mama masak. malas nak pergi terawikh, tapi paksa diri pergi jugak. bangun sahur, mengantuk tersengguk-sengguk nak makan. sambung tidur balik sebelum kena paksa bangun lagi solat subuh. haih. bila lagi...sekarang ni dah hidup sendiri. kesian ma and daddy, buka and sahur berdua je. anak-anak dua orang langsung tak boleh harap. entah bila nak balik buka bersama.

aku takut sebab dah kerja ni, nanti raya pun tak dapat cuti lama. harap la dapat seminggu pertama nak pergi ziarah keluarga dan saudara. aah.

No comments: