Monday, May 26, 2008

Puisi Aku Dilagu

puisi aku tajuknya "Khabarkan Pada Angin" sudah jadi lagu. melodi dan susunan bukan aku yang buat. aku cuma tuan punya lirik dan setiap perkataan dalam lagu itu. setiap emosi dan ekspresi dalam lagu itu, setiap detik hati dan perasaan, setiap yang aku tulis saat puisi itu aku cipta adalah gambaran jiwa aku pada waktu itu. puisi itu dah lama aku tulis, bulan julai 2005. dan aku pernah baca waktu layar tanchap kolaborasi pada bulan januari 2007 kalau tak silap.

kalau nak dengar, Luscious yang nyanyi. lagu ini pun ada digunakan sebagai soundtrack drama Sindarela di TV3. cari lah di youtube, episod 13 kalau tak silap.

khabarkan pada angin.

Friday, May 16, 2008

Bilang Aku Suka

Aku pandang kamu
Wajah dan gelagat
Kemeja warna biru
Anak mata cokelat

Pelik bila aku terfikir sendiri, duduk seorang sambil mengelamun. Tiba-tiba tersenyum. Ada apa? Nanti orang bilang aku gila. Tapi sebenarnya suka. Kelakar pun ada. Bukannya aku mahu sangat. Mungkin. Tapi bikin bingung saja. Kalau hendak dibuat cerita, macam-macam aku boleh cakap. Bicara, aksi, ekspresi... Ada apa?

Sudah lama tak merasa
Melonjak-lonjak bagai gembira
Apa itu rasa?
Cukup sekadar aku sahaja

Pudar jingga merah padam
Biru halus kuning hangat
Warna pelangi perak kilat
Hijau damaikan hati kelam

Janganlah dicuri lagi. Aku kurang gemar. Bukan tak suka, tak tahu. Mungkin, tapi malas. Kenapa? Celaru. Ribut lah, seperti digoncang bahu aku. Kepala bergegar. Jatuh, pandang ke atas tak mahu bangun. Calar balar. Habis. Darah pun tak. Pedih.

Aku suka.
Kau siapa?

Jangan pegang. Sentuh pun tidak. Takut. Tapi sudah tergesel sikit. Tepis pun tidak.

Macam mana?
Aku suka.