Thursday, October 30, 2008

Makna

puisi lama aku jumpa, entah bila aku tulis pun tak ingat. mungkin beberapa bulan lepas.

buat kesenangan peribadi
kau pentingkan diri sendiri

luahan hati aku pena
buat semua agar bisa merasa
namun kau curi isi
kau curi hati

tak pernah keseorangan
walaupun bersendiri
tetap ada yang menemani

apabila jiwa tersentuh
maka hati ini merasa
jadikanlah kata-kata
seperti satu bahtera
ombak dan angin membawa
ditiup ke serata ruang
mengisi segala makna.

Tuesday, October 28, 2008

251008

yang ini aku tulis di Wall of Confessions, Hari Bintang Jatuh Wani Ardy di MIA Bungalow Jalan Ampang. Untuk siapa? Kau fikir sendiri lah. Malas nak cerita.


setiap kelip matamu
setiap kali jari terjalin
setiap kata kau ucapkan

tidak pernah jemu
tidak pernah ada yang lain
tidak pernah aku sangkakan

genggam tangan ku
ambil langkah setapak
dengar degup jantungku
hembus nafas tidak teragak

kau beralih
aku tidak
kau menjeling
aku melihat
kau cemburu
aku cium dahi mu

kehadapan bintang jatuh ku
kau jatuh ke riba ku



25 October 2008

Friday, October 24, 2008

Untuk Kau

sudah berapa lama aku tak menulis. tiada apa yang hendak ditulis. barangkali fikiran terlalu bercelaru hinggakan tidak dapat menyusun kata untuk dijadikan ayat.

aku selalu terfikir, adakah apa yang aku genggam ini benar-benar apa yang aku mahukan. kalau terlepas yang dalam genggaman ini, bolehkah aku dapatkan gantinya? atau mungkin tersungkur kerana berlari ingin mendapatkan ia semula? aku tak mahu terasa sesal lagi. cukuplah berkali-kali perit pedih terpaksa aku hadapi kerana yang berada dalam genggaman jatuh dicelah-celah jari seperti pasir. semakin kuat digenggam, semakin laju ia terus ke tanah; akhirnya tiada lagi dalam tangan. yang tinggal hanya debu.

aku bertanyakan pada diri, sambil kepalanya aku usap. jarinya aku jalinkan bersama jariku. dahinya aku cium, wajahnya aku renung. yang inikah yang aku mahu? yang inikah yang aku sayang? yang inikah yang akan aku bawa dalam diri, zahirku dan dalam hati, jiwaku. aku tak mahu mencari lagi. yang ini cukup bagus buatku. yang ini yang terbaik buatku. walau apa pun yang ini lah yang akan aku perjuangkan. aku mahu jadi yang satu. seperti cinta terhebat satu waktu dahulu. tapi yang itu bohong, walaupun aku masih teringat tapi aku benci. pergilah kau, jangan dekati lagi. biarkan aku dengan yang ini. yang di sini, yang aku mahu sayang dengan sepenuh hati. yang akan mengembalikan rasa sayang itu tanpa ada rasa keliru atau tidak pasti.

percayalah kata-kataku, kalau aku bilang aku mahu berada bersamamu. mungkin kau rasa aku masih tidak dapat memberi sepenuh hati. aku minta kau tolonglah genggam erat lagi tanganku setiap kali kau terasa begitu. rangkul aku dan jangan lepaskan. aku masih mencuba, aku mahu mencuba.

aku renung lagi yang ini. mungkin ada lagi yang tersimpan belum aku luahkan. satu hari demi satu hari. perjalanan ini masih panjang buat aku dan yang ini. aku mahukan yang ini. tiada lagi yang aku fikirkan melainkan yang ini.

cinta terhebat, mungkin berlaku lagi. tapi kali ini lebih bererti.

Friday, October 17, 2008

Punya Akal?

aku tak faham kenapa pemandu-pemandu di Malaysia ni tak reti nak pasang lampu ketika memandu sewaktu hujan lebat. HOI KAU INGAT KERETA KAU KEBAL? KALAU ORANG LANGGAR KERETA KAU, SIAPA YANG SALAH? KAU TAK PASANG LAMPU, MANA ORANG NAK NAMPAK KERETA KAU? bodoh. mungkin la kau rasa kau ada perfect vision, tapi kalau hujan dah lebat macam babi jatuh bergolek dari langit visibility memang tak lebih dari 3 meter kan. nombor plat kereta depan kau pun tak tentu boleh nampak dengan jelas. jadi kalau kau nak tukar laluan dan kereta depan atau sebelah kau tak perasan, kau jangan naik angin nak bunyikan hon pulak ya. PASANG LAMPU KERETA KAU.

selamat la kalau kau tak jadi mangsa kena langgar. tapi kalau kena, padan muka. aku siap suluh lampu kat muka kau.