Wednesday, August 20, 2008

Kipas Kertas

hidup akhir-akhir ini kebosanan. kerja, penat. pulang dari kerja, penat. keluar jumpa rakan-rakan, penat. semakin jauh aku rasa dari mereka. sudah lama tak jumpa, janji mahu nonton bersama tapi sering ubah rancangan di saat akhir. aku rasa macam orang yang janjinya tidak boleh dipercaya. maaflah, bukan sengaja. tapi badan ini kalau larat serata mana sahaja aku pergi berjumpa rakan-rakan disana-sini. cuma sekarang ini yang enak cuma tidur. tidur yang panjang, tak diusik siapa-siapa atau apa-apa. aku lebih suka bersendirian, ditemani angin dan hati yang ingin bicara. tapi tiada siapa yang ada mungkin bisa fahami kata-kata. aku banyak berfikir sekarang ni, tentang apa aku pun tak tahu. yang aku tahu tak ramai akan faham atau mungkin lebih lagi akan bingung. kenapa agaknya dia ni, mereka fikir.

mencari teman tapi tiada yang boleh menemami. bukan sekadar hadir satu jasad atau diri tapi ditemani satu emosi atau perasaan yang memahami tanpa perlu kata-kata, cuma pandangan dari mata yang menyulam rasa hati menjadi perkataan tak terucap tapi mengerti. satu hubungan yang jauh lebih bererti dari jari-jari bersentuhan tangan saling bergenggaman. lebih dari zahir, jiwa ini ingin dimengerti. sudah lama berbicara pada diri, terasa mahu berbicara pada orang pula.

tapi seolah sesuatu yang tak memberi, semakin ramai ku temu yang tak ku cari datang menghadiri namun semua ku tolak seperti kutub saling bertentangan. sesuatu yang masih tidak lagi sempurna, satu hubungan yang tidak dapat dicipta. akhirnya, aku bersendiri sahaja. dilayankan juga, kesian nanti difikir sombong tapi aku tak ingin bermuka-muka. kalau tak hendak katakan sahaja. tidak ada salahnya, hati sudah bilang begitu, maka begitu lah. jangan dipaksa-paksa.

iyalah, kalau ditanya pada naluri memang enak perasaan itu kalau dapat hadir lagi. tapi seolah sudah bodoh, tidak tahu lagi bagaimana harus merasai. kalau perasaan itu hadir tapi tidak dapat dikenalpasti lalu ditepis tanpa disedari. sayang...nak buat macam mana lagi kalau sering sahaja ditolak ketepi. langkah kehadapan lagi, temui lagi dan lagi tanpa henti. selepas seorang, satu persatu berulang lagi. aku minta maaf lah kalau tak dihiraukan, aku tak tahu bagaimana lagi. kalau terjadi, maka terjadi lah. kalau tidak anggap itu hanya menumpang laluan ingin pergi ke lain destinasi.

datang lah lagi, hadir lagi dalam hidup ini. aku dah lama tunggu, cuma satu sahaja yang aku tak mahu. bukan yang satu itu, bukan kau. tolong lah, aku dah cukup penat berulang-alik, terkotak-katik dek kerana engkau. lepaskan aku mahu rasa terbang, yang boleh bawa aku ke awan.

sempurna atau tidak aku akan fikir kemudian. aku cuma ingin warna-warna, terang, corak yang menarik berputar-putar seperti kipas kertas ditiup angin.

2 comments:

misz inzane said...

:)
'hidup akhir-akhir ini kebosanan. kerja, penat. pulang dari kerja, penat. keluar jumpa rakan-rakan, penat.'

This is me.
and this is why iam looking for a change.

Iam missing u, and i hope we will have atleast one nite hanging out...
u need inc :)

The Killa said...

Disini

Aku tahu kau lebih suka bersendirian,
Jadi aku menemani mu dari jauh supaya kau lebih aman

Perasaan di dalam hatiku memang ada disitu,
Tetapi tidak dikata kerana kau akan berfikir aku tipu,

Aku sedar jari jari kita saling bersentuhan sebelum ini,
Tetapi bila aku bertabah dan mencium bibir mu...rasanya macam mimpi,

Terfikir aku tentang lelaki lelaki yang kau temui..lelaki lain,
Adakah aku sama seperti mereka? di permain? seperti sebatang kipas angin?

Aku memang faham kehilangan perasaan cinta dari jiwa, hati dan raga,
Namun ku yakin iya boleh dikembalikan kalau kau mencuba

Aku akan hadir di dalam hidupmu seolah hadirnya murid-murid di sekolah
Sebagai pelajar dalam kelas cinta, mari bersama terbang ke awan dan melihat sesuatu yang indah

Jangan berfikir kemudian, berfikir sangat, berfikir langsung, berhenti!
Warna warna, terang, corak yang menarik hanya boleh dilihat. Bukan difikir. Jadi lihat lah didepan mu..aku disini